busy.......busy ......busy
april was really a hectic month. tiap2 sabtu ada kelas gantian, mid april ada final exam and also sport practice. tambah lagi kem motivasi tahun 6. Thanks GOD, everything went well though i was not in good health.
so, the above can explain why long time no updates were made.
workload sometimes really helped me to forget all the problems and miserable things. pegi skul awal pg, busy with the pupils and skul matters, balik at noon, rest for an hour, then go back to skul, ptg2 watch "adamaya" (my fav series now) then have a good night sleep. the schedule is packed and there's no more time to be in misery.
fb pun baru ari ni i jenguk. wah....am i getting older? kalau 5 years ago, hari2 nak YM or at least check email, but today nk bukak laptop pun MALAS semacam. whatever, nothing to worry. just live my life to the fullest.
kesilapan bukan untuk disesali, tapi utk dipelajari.
"Walau hati terluka, rasa itu masih ada, semoga Tuhan menutup hatiku untuk si dia, aku berhak untuk bahgia"
Friday, May 7, 2010
Tuesday, April 20, 2010
biar kurang makan, jangan kurang ajar
salam,
"Biar kurang makan, jangan kurang ajar"..... Sudah lama saya tidak mendengar atau menggunakan kata-kata ini. Tapi satu insiden yang telah berlaku menyebabkan saya ingin menggunakannya kembali, khusus kepada seseorang.
Lidah merupakan kurniaan Tuhan kepada kita. Fungsinya supaya kita dapat bertutur dengan baik, dapat berkomunikasi dengan orang lain dan membuatkan kita lebih difahami. Tetapi ramai yang menyalahgunakan lidah mereka. Menyakiti atau lebih dahsyat lagi menzalimi orang lain dengan lidah mereka.
Kenapa perlu menyakiti orang yang yang tidak peduli pun tentang diri kita? Bukankah ia sia-sia?
Jangan leka mencari kesalahan orang lain kerana perbuatan kita itu akan termasuk dalam rekod amalan kita.

Friday, April 9, 2010
Jujur - Radja
Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
*buat Raja Jawa yg diingati selalu
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
*buat Raja Jawa yg diingati selalu
mengapa berjumpa kalau untuk berpisah?
kecewa dgn kisah lalu membuatkan sy tertanya-tanya. kenapa saya dan dia dipertemukan kalau akhirnya berpisah? mungkinkah hati saya tak bersedia untuk menghadapi perpisahan tersebut ataupun terlalu terluka dengan segalanya menjadikan saya nanar seketika. semuanya ada kebarangkalian. tetapi apa yg amat sy kesali, hingga ke saat ini dia tidak pernah berterus-terang tentang segalanya. lari dan bersembunyi, sesekali muncul dengan harapan yang entah bila akan kesampaian.
"jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkan diriku bila tak mungkin bersama"
Hanya cinta pada yang ESA akan kekal selamanya
"jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkan diriku bila tak mungkin bersama"
Hanya cinta pada yang ESA akan kekal selamanya
sahabat
salam buat semua,
Sahabat yang baik bagi saya adalah org yang boleh menyimpan rahsia sahabatnya dengan baik. dia juga peka tentang perasaan sahabatnya dan sentiasa memberi nasihat dan teguran yang membina.
kita tidak perlu menjadi hipokrit semata-mata hendak menjaga perasaan sahabat kita. tetapi tutur kata kita dalam perhubungan seharian perlulah berhati-hati agar tidak menyinggung perasaannya. kita sering kali alpa tentang perkara ini sehinggakan tanpa disedari sahabat kita mula menjauhkan diri.
buat sahabat-sahabat saya, semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya.

Thursday, April 8, 2010
3 tanda munafik
1. Apabila berbicara, ia berbohong.
2. Apabila berjanji, ia mungkir.
3. Apabila diberi kepercayaan, ia mengkhianati.
2. Apabila berjanji, ia mungkir.
3. Apabila diberi kepercayaan, ia mengkhianati.
Redhalah wahai hati......
Pernah satu nama
Bertahta di jiwa
Indahnya tika itu
Hanya Tuhan yang tahu
Tiap hari hati direlung rindu
Tak terasa tiap saat yang berlalu
Segalanya indah
Hidup riang tiada gundah
Suka duka dirasai bersama
Berdua menyulam impian cinta
Tak terdetik pada hati
Semuanya hanya janji
Yang takkan ditepati
Kini yang tinggal hanya lara
Duka yang memamah jiwa
Inginku bertanya padanya
Inikah ertinya cinta
Redhalah wahai hati
Jika ini takdir Ilahi
Jangan pernah kau sesali
Kerna suatu hari nanti
Ada rahmat yang haqiqi
Bertahta di jiwa
Indahnya tika itu
Hanya Tuhan yang tahu
Tiap hari hati direlung rindu
Tak terasa tiap saat yang berlalu
Segalanya indah
Hidup riang tiada gundah
Suka duka dirasai bersama
Berdua menyulam impian cinta
Tak terdetik pada hati
Semuanya hanya janji
Yang takkan ditepati
Kini yang tinggal hanya lara
Duka yang memamah jiwa
Inginku bertanya padanya
Inikah ertinya cinta
Redhalah wahai hati
Jika ini takdir Ilahi
Jangan pernah kau sesali
Kerna suatu hari nanti
Ada rahmat yang haqiqi
trouble is a friend
setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. tidak kiralah dalam kerjaya atau kehidupan seharian. kadang-kadang memang terasa berat untuk diharungi. tetapi segalanya memang perlu kita lalui kerana tidak ada cara untuk menghindarinya.
setelah hampir tiga dekad usia saya di muka bumi ini, beserta dengan segala pengalaman manis dan pahit, kejayaan dan kegagalan, kebahagiaan dan kekecewaan, sekarang saya mengerti, cabaran hidup inilah yang menjadikan hidup saya lebih indah. ianya menghiasi hari-hari saya. tanpa jemu menemani saya. malah lebih akrab dari sahabat baik sy sendiri.
kini, sy mampu tersenyum ketika hati sedang remuk redam. mampu ketawa walaupun jiwa bergelora.
Sesungguhnya kesabaran adalah nikmat terbesar yang telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya.

Wednesday, April 7, 2010
salam sayang buat semua
sebenarnya sudah lama saya teringin untuk memiliki blog sendiri. akhirnya hari ini saya berkesempatan untuk melakukannya. minat untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan menjadi sebab utama saya membuka blog ini. agar segala yang kita kongsikan akan dapat memberikan manfaat yang baik dalam melayari bahtera hidup kita. semoga Tuhan akan sentiasa memberkati kehidupan kita. Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)