Tuesday, April 20, 2010

biar kurang makan, jangan kurang ajar

salam,

"Biar kurang makan, jangan kurang ajar"..... Sudah lama saya tidak mendengar atau menggunakan kata-kata ini. Tapi satu insiden yang telah berlaku menyebabkan saya ingin menggunakannya kembali, khusus kepada seseorang.

Lidah merupakan kurniaan Tuhan kepada kita. Fungsinya supaya kita dapat bertutur dengan baik, dapat berkomunikasi dengan orang lain dan membuatkan kita lebih difahami. Tetapi ramai yang menyalahgunakan lidah mereka. Menyakiti atau lebih dahsyat lagi menzalimi orang lain dengan lidah mereka.

Kenapa perlu menyakiti orang yang yang tidak peduli pun tentang diri kita? Bukankah ia sia-sia?

Jangan leka mencari kesalahan orang lain kerana perbuatan kita itu akan termasuk dalam rekod amalan kita.

No comments:

Post a Comment