setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. tidak kiralah dalam kerjaya atau kehidupan seharian. kadang-kadang memang terasa berat untuk diharungi. tetapi segalanya memang perlu kita lalui kerana tidak ada cara untuk menghindarinya.
setelah hampir tiga dekad usia saya di muka bumi ini, beserta dengan segala pengalaman manis dan pahit, kejayaan dan kegagalan, kebahagiaan dan kekecewaan, sekarang saya mengerti, cabaran hidup inilah yang menjadikan hidup saya lebih indah. ianya menghiasi hari-hari saya. tanpa jemu menemani saya. malah lebih akrab dari sahabat baik sy sendiri.
kini, sy mampu tersenyum ketika hati sedang remuk redam. mampu ketawa walaupun jiwa bergelora.
Sesungguhnya kesabaran adalah nikmat terbesar yang telah dianugerahkan Allah kepada hambaNya.
No comments:
Post a Comment